KUALA LUMPUR: BMI, sebuah syarikat Fitch Solutions menjangkakan ringgit terus mengukuh pada separuh kedua 2024 dan awal 2025, mencecah RM4.40 berbanding dolar AS menjelang akhir 2025.
"Pemacu utamanya ialah dasar yang dilonggarkan selanjutnya sebanyak 150 mata asas (bps), yang akan menurunkan kadar dana Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat kepada 3.00 peratus menjelang Disember 2025.
"Tetapi faktor-faktor lain juga akan memberikan sokongan asas kepada ringgit," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
BMI menjangkakan sebaran di antara kadar dasar dan hasil bon di seluruh AS dan Malaysia akan kekal stabil.
Pada mesyuarat Mac, Fed kelihatan lebih berdiplomasi daripada yang dijangkakan. Pegawai-pegawai Fed percaya pemotongan 75 mata asas tahun ini adalah sesuai walaupun inflasi dan unjuran pertumbuhannya meningkat.
"Sebaliknya, kami mengekalkan pandangan bahawa Fed akan mengurangkan kadar dananya sebanyak 100 mata asas tahun ini kepada 4.50 peratus.
"Ini menunjukkan bahawa perbezaan hasil yang mengecil akan memberi petanda baik kepada ringgit terutamanya jika kita betul menjangkakan Bank Negara Malaysia akan membiarkan kadar dasar semalaman kekal pada 3.00 peratus hingga 2024," katanya.
"Bahagian komoditi kami meramalkan harga minyak secara puratanya pada US$85.00 setong pada 2024, melebihi daripada paras US$82.18 setong pada 2023.
"Ini akan membantu menyokong eksport Malaysia, memandangkan minyak menyumbang hampir 20 peratus daripada eksport," katanya.
Selain itu, BMI percaya bahawa eksport perkhidmatan akan terus meningkat.
Angka terkini daripada kementerian pelancongan menunjukkan ketibaan pelancong pada 2023 berjumlah 20.1 juta. Walaupun ia melepasi sasaran kerajaan yang disemak semula sebanyak 19.0 juta, ia kekal berada pada 77 peratus daripada tahap prapandemik, katanya.
Namun begitu, BMI menjangkakan kemasukan secara bebas visa selama 30 hari baru-baru ini untuk pelancong India dan China akan membantu mencapai sasaran kerajaan sebanyak 27.3 juta ketibaan pelancong tahun ini, tambahnya.
"Dengan semuanya ini, ia membantu menyuntik kepada unjuran kami untuk lebihan akaun semasa Malaysia meningkat daripada 1.2 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2023 kepada 2.6 peratus pada 2024," jelasnya.
Selain itu, BMI menjangkakan aliran masuk pelaburan langsung asing (FDI) yang berdaya tahan akan terus menyokong ringgit.
Malaysia mempunyai prospek ekonomi jangka panjang yang cerah, dibantu oleh penduduk usia bekerja yang berkembang pesat yang akan membolehkannya kekal sebagai destinasi menarik untuk pelaburan asing pada tahun-tahun akan datang, katanya.
"Sebagai bahagian daripada KDNK, aliran masuk FDI bersih ke Malaysia secara konsisten mengatasi rakan serantaunya seperti Filipina dan Thailand," tambahnya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 08 2024
BMI menjangkakan sebaran di antara kadar dasar dan hasil bon di seluruh AS dan Malaysia akan kekal stabil. - Gambar hiasan
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PM Anwar terima kunjungan hormat delegasi Amazon Web Services, Masdar
Anwar hari ini menerima kunjungan hormat berasingan daripada delegasi syarikat AWS dan Masdar di pejabat beliau di Putrajaya bagi membincangkan perancangan pelaburan dua syarikat itu di Malaysia.
KPWKM ke arah perkukuhkan industri penjagaan
KPWKM menerusi Institut Sosial Malaysia (ISM) telah melatih lebih 61 penjaga setakat tahun lepas dan menyasarkan untuk melatih 385 penjaga lagi tahun ini.
10 Berita Pilihan - (29 Mei 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Kesihatan 'Timoh London' semakin merosot, keluarga mohon doa
Sejak berusia tiga tahun, Fatimah mencuri perhatian ramai kerana kefasihan kanak-kanak itu bertutur dalam dialek Kelantan.
SQ321: Perubahan pantas daya graviti mungkin sebabkan kecederaan penumpang - Laporan awal
Siasatan awal ke atas insiden gelora udara baru-baru ini melibatkan penerbangan Singapore Airlines SQ321 mendapati perubahan pantas dalam daya graviti (G) yang menyebabkan penurunan altitud.
PM Anwar lancar Kitab Fiqh terjemahan bahasa Melayu
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini melancarkan terjemahan Kitab Fiqh Zakat karya Almarhum Dr Syeikh Yusuf Al-Qaradawi dalam bahasa Melayu di Kompleks Seri Perdana di sini.
Tumpuan Khamis – 30 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Polis Melaka tahan 17 individu disyaki curi kabel sejak setahun lepas
Polis Melaka menahan sekumpulan 17 individu selepas disyaki terlibat dalam kegiatan mencuri kabel Telekom Malaysia Berhad (TM) di sekitar negeri itu sejak setahun lepas.
Isu Parallel Pathway: Menteri Kesihatan bentang kertas cadangan kepada Kabinet 5 Jun ini
UiTM menjadi satu-satunya universiti yang menawarkan program Parallel Pathway dengan kerjasama Institut Jantung Negara (IJN) dalam bidang kardiotorasik.
Ringgit mengukuh separuh kedua 2024, cecah RM4.40 berbanding dolar AS pada akhir 2025 - BMI
BMI, sebuah syarikat Fitch Solutions menjangkakan ringgit terus mengukuh pada separuh kedua 2024 dan awal 2025, mencecah RM4.40 berbanding dolar AS menjelang akhir 2025.
Polis perlu patuh BMI ditetapkan untuk naik pangkat
Pematuhan terhadap standard jisim indeks tubuh (BMI) yang ditetapkan merupakan antara syarat wajib untuk kenaikan pangkat bagi warga Polis Diraja Malaysia (PDRM).
BMI kekal unjuran defisit belanjawan sejajar dengan unjuran fiskal kerajaan
Pandangan terhadap prospek Belanjawan 2024 Malaysia memberikan isyarat kepada perjalanan yang berterusan menuju konsolidasi fiskal.
Pertumbuhan penggunaan bahan api ditapis Malaysia dijangka lembab - BMI
Permintaan bahan api menghadapi tekanan menurun daripada harga minyak global yang tinggi termasuk inisiatif peralihan tenaga.
BMI kekal unjuran defisit belanjawan Malaysia pada 4.9 peratus
BMI mengekalkan unjuran defisit belanjawan kerajaan Malaysia 2023 pada 4.9 peratus daripada keluaran dalam negara kasar (KDNK).
OPR dijangka kekal 3.00 peratus sehingga 2024 - BMI
Unjuran tersebut didorong oleh inflasi tahun ke tahun yang mereda kepada dua peratus pada Julai 2023 berbanding 2.8 peratus pada Mei.
BMI semak naik jualan kenderaan di Malaysia untuk 2023
BMI telah menyemak naik unjuran jumlah jualan kenderaan di Malaysia bagi tahun 2023, ia meningkat sebanyak 3.8 peratus.
Unit Fitch Solutions menaikkan unjuran KDNK 2023 Malaysia kepada 4.2 peratus
Firma penyelidikan itu berkata prestasi S1 Malaysia jauh melebihi konsensus dan jangkaan sendiri iaitu pada 4.8 peratus.
Bank Negara dijangka kekalkan OPR pada 3.0 peratus bagi 2023 - BMI
BNM akan mula menumpukan fokusnya untuk menyokong pertumbuhan pada bulan-bulan akan datang ketika inflasi negara terus menyederhana.
BNM dijangka kekalkan OPR pada 3.0 peratus bagi baki tempoh tahun ini - BMI
Bank Negara Malaysia (BNM) telah mencapai akhir kitaran kenaikan kadarnya dan akan mengekalkan kadar dasar semalaman (OPR) pada 3.0 peratus bagi baki tempoh tahun ini, menurut BMI.